Peraduan di Bulan Ramadhan – Tulis Artikel Terbaik & Menangi Wang Berjumlah RM225
Adakah Ramadhan merupakan bulan yang bermakna bagi anda? Anda mempunyai cerita untuk dikongsi? Dan mahu hasil anda tersebut beroleh rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini? Sertai Peraduan Ramadhan kami — Muslim Academy’s dan menangi Wang Berjumlah RM225 dengan menulis artikel, cerita, ataupun puisi.
Sebab Utama Website Muslim Academy’s diwujudkan adalah untuk membawa umat Islam bersama-sama bagi menunjukkan kepada dunia, khususnya kepada negara Barat, bahawa Islam bukanlah merupakan “agama” seperti apa yang mereka sangkakan.
Kami di Muslim Academy’s ini, terdiri daripada warga Amerika, Eropah, Asia, Arab dan Afrika. Kami beragama Islam, tetapi bekerjasama dengan pelbagai masyarakat yang berbilang agama. Kami bekerja bagi menyatukan seluruh penduduk di dunia — melalui bahasa, budaya, dan agama.
Dan ianya berhasil. Kami telah menerima berpuluh-puluh ribu pandangan pada Blog dan Forum kami. Penulis-penulis kami memberi tumpuan kepada topik-topik yang berkaitan dengan isu semasa, rencana bermaklumat mengenai Islam dan juga menarik, yang terdiri daripada beberapa buah bahasa.
Juri pengkritik/komentor artikel kami telah menjadi penulis blog yang membantu menambah serta mempelbagaikan lagi artikel-artikel pada Website kami. Artikel-artikel kami mendapat sambutan kerana para pembaca di Website Muslim Academy’s ini. Siapa penulis kami yang seterusnya? Kami berharap – Anda adalah yang seterusnya.
Bulan Ramadhan baru sahaja bermula, dan semua umat Islam di seluruh dunia telah mula membaca artikel-artikel yang lebih ke arah Islam, yang mana akan membantu mereka mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai Islam serta perkara-perkara baru yang masih merupakan misteri.
Ramadhan memberi makna yang berbeza kepada setiap insan. Apakah maknanya kepada diri anda?
Kami telah memutuskan untuk membuat satu pertandingan yang mana semua orang boleh menyertainya. Tulis dalam ayat anda sendiri samada dalam bahasa Inggeris/Bahasa Melayu, yang merupakan-artikel-tulen/original-yang terbaik-berkaitan dengan Ramadhan.
Anda boleh mengarang puisi, menulis artikel, tips-tips, perkara-perkara yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan, cara-cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, ataupun topik mengenai– bagaimana Ramadhan telah mengubah hidup anda.
Para Pembaca kami akan menjadi hakim kepada hasil karya anda. Kami menggunakan sistem metrik dalaman yang mengukur kedua-dua komen, pandangan, jumlah (FB Like) dan seumpamanya. Jika artikel anda adalah yang terbaik, ini bermakna pembaca kami telah memutuskan bahawa anda adalah pemenang peraduan kami.
Ia tidak semestinya hasil karya dalam Bahasa Inggeris, anda juga boleh menggunakan Bahasa Melayu . Ini merupakan suatu pengisian masa bagi membantu menghargai bulan yang Ramadhan yang mulia ini.
Pemenang peraduan akan menerima Wang berjumlah RM225. Peraduan ini bermula pada hari pertama bulan Ramadhan dan berakhir pada 1 September, yang merupakan tarikh akhir bagi peraduan ini. Pemenang akan diumumkan pada 2 September 2012.
Apakah Langkahnya?
1) Daftar dengan blog di laman web kami – www.muslim-academy.com/category/blog
2) Post kan artikel baru tentang Ramadhan, seperti yang dinyatakan di atas. Tambahkan atau (tick) kategori; “Penyertaan Peraduan Ramadhan” supaya kami tahu bahawa anda mahu menyertai peraduan Ramadhan ini.
3) Berusaha untuk menjadi Pemenang peraduan. Kongsikan dengan semua kawan-kawan anda. Minta komen/pandangan mereka menerusi Facebook, Twitter dan sesiapa sahaja. Pandangan/komen yang tinggi anda berpeluang untuk menang.
4) Tunggu pengumuman kami pada 2 September.
5) Jika anda adalah pemenangnya, anda akan menerima Wang berjumlah RM225 tersebut menerusi Paypal atau Moneybookers.
You can also read this article in English Here
Trending Now..
PEOPLE
RECENT
POPULAR
Most Discussed People
Do Muslim traditions exist in the UK?
3 comments . 8 hours ago
Most Discussed
Why Muslims have Lost the Race with the West?
11 comments . 9 hours ago
Most Discussed Recent
A letter “How to be Yourself”
No Comments . 10 hours ago
Most Discussed Recent
Why India and Pakistan can’t live together – The main issues
1 Comment . 11 hours ago
Most Discussed
Do Muslim traditions exist in the UK?
3 comments . 8 hours ago
Most Recent
Why Muslims have Lost the Race with the West?
11 comments . 9 hours ago
This is what shows when no widgets are added.
This was because
Sam Harris is like Galen Greenwald, both of them have came up with words that were exchanged by them after extensive reading. They are words that should be condemned. Harris made a blunder by making such a display. Recently Harris made an attem....
Read More













